Konvensyen ADHD 2026

Berhenti berperangdengan diri sendiri.Fahami otak anda.

Konvensyen ini bukan tentang mengubah siapa anda. Ia tentang penerimaan realiti, memahami cara otak ADHD berfungsi, dan membina strategi hidup yang benar-benar sesuai dengan anda.

Konvensyen hibrid sehari: hadir secara fizikal di Auditorium Azman Hashim, AICB Kuala Lumpur, atau sertai dari mana sahaja melalui Zoom.

Sabtu, 14 November 2026 AICB, Kuala Lumpur + Zoom 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Zoom · RM69 Fizikal · RM119

Pendaftaran rasmi kini dibuka · Hanya 100 tempat fizikal

Konvensyen bermula dalam-hari-jam-minit-saat
Dapatkan tiket sekarang

Pembayaran selamat dikendalikan oleh univ.my. Pengesahan terus ke e-mel anda.

Perubahan yang sebenar bermula dengan kefahaman. Selagi kita tidak memahami bagaimana fungsi eksekutif otak kita bekerja, selagi itulah kita akan bergelut dengan kaedah yang salah.

Konvensyen ini adalah titik mula untuk kita menyusun semula strategi. Kita belajar mengenal pasti pencetus (triggers), mengurus tingkah laku, dan membina sistem sokongan.

Bukan untuk menjadi sempurna, tetapi untuk berfungsi dengan lebih baik setiap hari.

Malaysian Adult ADHD Society (MAAS)

Hari konvensyen · 14 November · 8 pagi hingga 5 petang

Lima sesi, satu hari penuh.

Menggabungkan kedua-dua separuh tema. Barisan penceramah diumumkan secara berperingkat.

  1. Ucaptama

    Cukai ADHD dan Seni Memaafkan Diri Sendiri

    Mengupas impak emosi akibat kesilapan harian seperti terlewat atau hobi terbengkalai, serta cara memaafkan diri tanpa menjadikannya alasan untuk berhenti berusaha.

    • Gambar Zulhafiy ZolkipliZulhafiy ZolkipliUcaptama · Presiden MAAS
  2. Sesi

    Masking 101: Kenapa Kita Buat, Kos & Cara Urus

    Memahami masking secara objektif: fungsinya sebagai mekanisme melindungi diri, dan kosnya apabila berlebihan sehingga membawa burnout. Mengurus tenaga secara sihat, bukan arahan berhenti masking sepenuhnya.

    • Gambar Dr Syaheedatul Iman binti DinsuhaimiDr Syaheedatul Iman binti DinsuhaimiPenceramah · Pakar Psikiatri, USM
  3. Sesi

    Hati Mudah Tersentuh: RSD dan Regulasi Emosi

    Mengupas Rejection Sensitive Dysphoria (RSD), iaitu kenapa teguran kecil terasa seperti kiamat, dan strategi praktikal untuk mengenal pasti serta menjinakkan reaksi emosi yang melampau.

    • Gambar Dr Najwa HanimDr Najwa HanimPenceramah · Pakar Psikiatri
  4. Forum

    Aku Baru Tahu Pada Umur 35: Wanita ADHD dan Diagnosis Lewat

    Forum membincangkan kenapa ramai wanita hanya didiagnosis selepas dewasa, perbezaan persembahan ADHD pada wanita, dan berdamai dengan persoalan "andai kata diagnosis dibuat lebih awal".

    • Gambar Dr Hazli ZakariaDr Hazli ZakariaModerator · Pakar Psikiatri
    • Gambar Dr Amira Sariyati FirdausDr Amira Sariyati FirdausPanelis · Prof Madya, Universiti Malaya
    • Akan diumumkanPanelis
  5. Forum penutup

    Dari Hyperfocus ke Flow: Meraikan Potensi Tanpa Membakar Diri

    Forum santai bersama panel individu ADHD yang berjaya, membezakan hyperfocus yang membakar diri dengan flow yang sihat, dan cara menyalurkan tenaga tumpuan secara mampan.

    • Gambar Siti SumayyahSiti SumayyahModerator · Pemilik bisnes
    • Gambar Fatiha ShuibFatiha ShuibPanelis · Co-founder SAPOT
    • Gambar Nazaruddin AbdullahNazaruddin AbdullahPanelis · Profesional korporat

Apa yang anda bawa pulang

Empat matlamat utama kami untuk anda.

  1. Hentikan kitaran rasa bersalah.

    Tukar menyalahkan diri kepada pemahaman yang betul tentang ADHD. Belajar bezakan antara batasan sebenar otak dan suara dalaman yang menghukum diri.

  2. Strategi praktikal dan realistik.

    Bekalkan kaedah pengurusan hidup yang benar-benar berkesan untuk otak ADHD. Bukan nasihat klise "cuba lebih fokus" atau "lebih berdisiplin".

  3. Ubah cara pandang terhadap diri.

    Beralih daripada "gangguan yang perlu dibaiki" kepada pemahaman jujur tentang cara otak ADHD berfungsi, supaya anda boleh hidup dan bekerja mengikut acuan minda sendiri.

  4. Perkasakan sistem sokongan anda.

    Bekalkan pemahaman lebih mendalam kepada ahli keluarga, pasangan, rakan sekerja, dan pendidik tentang pengalaman sebenar individu ADHD.

Untuk siapa

Konvensyen ini untuk anda jika...

  • Dewasa yang sudah didiagnos ADHD
  • Yang mengesyaki dirinya ADHD
  • Pelajar universiti 18+ meneroka identiti
  • Pasangan & ahli keluarga
  • Rakan sekerja
  • Pengamal kesihatan mental
  • Pendidik

Pendirian kami

Supaya tiada salah faham.

Tema penerimaan diri mudah disalah erti. Inilah pendirian asas yang menjadi panduan kepada semua sesi.

  • Penerimaan diri melengkapi rawatan, bukan menggantikannya.

    Berdamai dengan diri bermaksud berhenti menghukum diri atas perkara di luar kawalan, bukan berhenti mendapatkan bantuan. Penilaian klinikal, ubat di mana bersesuaian, dan terapi berjalan seiring.

  • Mengurus masking bukan bermaksud berhenti masking sepenuhnya.

    Masking berlebihan boleh membawa burnout, tetapi ia juga mekanisme melindungi diri yang sah. Mesej kami: kenali kosnya dan urus tenaga secara sihat, satu proses peribadi dan beransur.

  • Berdamai bukan bererti berputus usaha.

    "Bukan malas, cuma perlu sistem lain" adalah tentang mencari kaedah yang benar-benar sesuai untuk otak ADHD, bukan alasan untuk berhenti cuba.

  • Ini bukan nasihat perubatan.

    Kandungan konvensyen bersifat sokongan komuniti dan pendidikan. Peserta digalakkan merujuk pengamal kesihatan mental bertauliah untuk diagnosis dan rawatan.

Rakaman disertakan

Takut nak daftar sebab takut terlupa?

Kami faham, itulah realiti ADHD. Sebab itu setiap peserta mendapat akses rakaman penuh selepas konvensyen, tidak kira tiket Zoom atau fizikal. Terlepas satu sesi, tertidur, atau hari itu jadi huru-hara? Tonton semula ikut rentak anda.

  • Rakaman penuh kesemua 5 sesi
  • Untuk semua jenis tiket
  • Tonton semula bila-bila masa

Yuran konvensyen

Dua cara untuk sertai.

Dalam talian (Zoom)

RM69

Termasuk akses rakaman penuh selepas konvensyen.

  • Akses langsung kesemua 5 sesi: 3 ceramah + 2 forum
  • Sertai dari mana sahaja melalui Zoom, tanpa perjalanan
  • Akses rakaman penuh selepas konvensyen
  • E-sijil penyertaan
Fizikal · AICB, Kuala Lumpur

RM119

Hanya 100 tempat. Termasuk akses rakaman penuh.

  • Tempat duduk di Auditorium Azman Hashim, Bangunan AICB, Kuala Lumpur
  • Kesemua 5 sesi secara bersemuka, sehari penuh
  • Bertemu penceramah dan komuniti ADHD secara langsung
  • Akses rakaman penuh selepas konvensyen
  • E-sijil penyertaan
  • Makanan dan minuman tidak disediakan

Makanan dan minuman tidak disediakan. Peserta fizikal boleh membawa bekal sendiri atau membeli berhampiran Bangunan AICB, antaranya di Quill City Mall dan sekitar Kampung Baru.

Tempat fizikal disahkan mengikut giliran pembayaran. Daftar awal untuk memastikan slot anda.

Pilih pakej & daftar sekarang
Peta lokasi Bangunan AICB, Kuala LumpurLokasi fizikalAuditorium Azman Hashim, Bangunan AICB10, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur. Berhampiran Bank Negara Malaysia, mudah diakses dengan LRT Bandaraya.Buka di Google Maps

Pendaftaran dibuka

Dapatkan tiket anda sekarang.

Tempat fizikal hanya 100 dan disahkan mengikut giliran pembayaran. Pilih pakej Zoom atau fizikal semasa checkout dan lengkapkan pembayaran untuk mengesahkan slot anda.

Konvensyen bermula dalam-hari-jam-minit-saat

Pembayaran selamat dikendalikan oleh univ.my. Pengesahan dihantar ke e-mel anda.

Soalan lazim

Sebelum anda daftar.

Bagaimana jika saya terlupa atau terlepas sesi?

Tiada masalah. Semua peserta, Zoom dan fizikal, mendapat akses rakaman penuh selepas konvensyen. Anda boleh menonton semula setiap sesi ikut rentak anda.

Bagaimana saya menerima akses selepas membayar?

Pengesahan pembelian dihantar terus ke e-mel anda oleh univ.my. Maklumat penyertaan, termasuk pautan Zoom bagi peserta dalam talian, akan dihantar ke e-mel yang sama sebelum hari konvensyen.

Di manakah lokasi fizikal?

Di Auditorium Azman Hashim, Bangunan AICB, 10 Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur, berhampiran Bank Negara Malaysia. Peserta berdaftar akan menerima maklumat arah melalui e-mel.

Adakah saya mendapat sijil?

Ya. Semua peserta menerima e-sijil penyertaan, sama ada menyertai secara fizikal atau melalui Zoom.

Bolehkah saya menukar pakej selepas membeli?

Hubungi kami di hai@adhdmalaysia.com dengan resit pembelian anda dan kami akan bantu, tertakluk kepada kekosongan tempat fizikal.

Adakah makanan disediakan untuk peserta fizikal?

Tidak. Peserta boleh membawa bekal sendiri atau membeli di kawasan sekitar Bangunan AICB. Terdapat pelbagai pilihan makanan berhampiran, termasuk di Quill City Mall dan sekitar Kampung Baru.

Ada masalah dengan pembayaran?

E-mel hai@adhdmalaysia.com dengan resit atau tangkapan skrin masalah anda, dan kami akan bantu secepat mungkin.

Arkib

Konvensyen lepas.