Tentang Kami

Malaysian Adult ADHD Society (MAAS)

MAAS adalah sebuah NGO yang menyokong komuniti individu dewasa dengan ADHD di Malaysia. Tumpuan kami adalah untuk menyediakan sumber pendidikan dalam Bahasa Melayu, memperjuangkan akses kepada diagnosis dan rawatan, serta membina jaringan komuniti buat individu neurodivergent berinteraksi dan mendalami ilmu berkaitan ADHD.

Apa yang kami lakukan

Kisah di sebalik MAAS

MAAS diasaskan oleh sekumpulan sukarelawan yang amat memahami realiti dan cabaran hidup dengan ADHD di Malaysia. Kami sedar bahawa akses mendapatkan diagnosis bagi golongan dewasa masih terhad, sumber rujukan dalam Bahasa Melayu amat kurang, dan stigma terhadap kesihatan mental masih lagi kuat menebal.

Kami percaya bahawa setiap individu yang mempunyai ADHD berhak mendapatkan maklumat yang tepat, sokongan daripada komuniti, serta akses kepada rawatan tanpa rasa segan atau dihakimi. Inilah misi utama yang menyatukan kami.

MAAS ialah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), nombor pendaftaran PPM-024-10-06112024.

Sertai misi kami

MAAS digerakkan sepenuhnya oleh tenaga sukarelawan. Setiap sumbangan dana, penyertaan sukarelawan baharu, malah perkongsian artikel daripada anda amat bermakna dalam usaha memperkasakan komuniti ini.