Berita & Kolaborasi

ADHD Malaysia bersama PERKESO

Program Return To Work PERKESO ialah sebuah program pengurusan hilang upaya yang direka untuk membantu pencarum yang mengalami kecederaan atau penyakit agar dapat pulih dan kembali bekerja dengan lebih awal, sihat, dan selamat.

Setiap pencarum yang mengikuti program ini menjalani proses pemulihan sistematik berteraskan konsep biopsikososial, yang merangkumi faktor biofizikal, psikologikal, dan sosial.

Dalam pertemuan kami, pihak PERKESO menyatakan komitmen mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang ADHD dewasa di tempat kerja. Mereka berhasrat membangunkan garis panduan bagi membantu syarikat-syarikat di Malaysia menjadi lebih inklusif dan menyokong warga kerja dengan ADHD.

ADHD Malaysia berbesar hati menyokong inisiatif ini melalui penganjuran program bersama serta perkongsian pandangan, ilmu, dan pengalaman hidup sebagai individu dengan ADHD. Semoga jalinan kerjasama ini memberi manfaat kepada lebih ramai orang dan meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental di Malaysia.

Bersama PERKESO, kami berkongsi visi untuk meningkatkan kesedaran, memperkasakan individu dengan ADHD, dan membuka peluang bagi mereka menjadi aset berharga kepada majikan dan negara.

(Jumaat, 19 Julai 2024, Menara PERKESO Putrajaya)

Ingin tahu lebih lanjut tentang ADHD di tempat kerja? Lawati Knowledge Hub kami untuk artikel berkaitan.