ADHD & Matematik

Adakah benar individu dengan ADHD kurang mahir dalam matematik berbanding individu neurotipikal?
Secara umumnya, ya.
Mengikut kajian sistematik Tosto dan rakan-rakan (2015) yang meliputi 30 kajian cross-sectional dan 4 kajian longitudinal, mereka yang mempunyai simptom ADHD menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam ujian matematik berbanding mereka yang tiada simptom ADHD.
Jurang perbezaan ini agak ketara, walaupun dibandingkan setara dari segi tahap IQ dan status sosioekonomi, dan walaupun ubat psikostimulan untuk ADHD diambil (Massetti et al., 2008).
Rawatan ADHD seperti ubat psikostimulan dan sokongan psikososial didapati hanya meningkatkan academic behaviour (contohnya menyiapkan tugasan tepat masa) tetapi tidak academic achievement (contohnya skor A dalam peperiksaan).
ADHD dan dyscalculia
Jadi, apakah intervensi yang sesuai untuk murid dengan ADHD? Adakah sama caranya seperti untuk mereka yang ada dyscalculia?
Didapati hampir 30% pelajar dengan ADHD turut mempunyai komorbid dyscalculia (Mayes et al., 2000). Namun keduanya keadaan yang berbeza.
Mengikut kajian Kuhn dan rakan-rakan (2016), kanak-kanak dengan dyscalculia menunjukkan kelemahan dalam semua kemahiran numerasi asas (basic numerical skills), pengiraan (calculation), memori kerja (working memory), dan tumpuan perhatian (sustained attention).
Kanak-kanak dengan ADHD pula mengalami kesukaran dalam dot enumeration (ujian mengukur ketepatan menganggar dan menyebut bilangan bintik dalam masa singkat), penolakan (subtraction), verbal working memory, processing speed, dan tiga jenis cabaran tumpuan iaitu alertness, sustained attention, dan flexibility.
Kenapa sesetengah individu ADHD mahir dalam matematik?
Antara sebabnya:
- Mereka ada grit, atau ketetapan pendirian. Angela Duckworth dalam bukunya Grit: The Power of Passion and Perseverance menyebut bahawa mereka yang rajin berusaha dan tidak mudah putus asa mendapat keputusan lebih baik. Individu yang gigih akan terus berusaha menguasai subjek yang mereka minati.
- Mereka menemui intervensi yang sesuai semasa kecil, contohnya guru yang memahami dan menggunakan kaedah mengajar yang efektif.
- Working memory dan processing speed mereka tidak terlalu terjejas walaupun ada ADHD. Kedua-dua ciri ini mempengaruhi kebolehan matematik.
- Mereka ada komorbid ADHD dan ASD. Sesetengah kanak-kanak dengan ciri autisme mempunyai pemprosesan maklumat matematik yang superior, disebabkan kelainan di bahagian otak ventral temporal-occipital cortex (VTOC) (Iuculano et al., 2014).
Jika anak anda menghadapi cabaran pembelajaran, mengenal pasti sama ada ia ADHD, dyscalculia, atau kedua-duanya boleh membantu menentukan sokongan yang tepat. Anda boleh mulakan dengan saringan ADHD percuma kami atau berjumpa pakar melalui direktori klinik kami.
Rujukan
- Tosto, M. G., Momi, S. K., Asherson, P., & Malki, K. (2015). A Systematic Review of Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) and Mathematical Ability. BMC Medicine, 13, 204.
- Massetti, G. M., et al. (2008). Academic Achievement Over 8 Years Among Children Who Met Modified Criteria for ADHD at 4-6 Years of Age. Journal of Abnormal Child Psychology, 36(3), 399-410.
- Mayes, S. D., Calhoun, S. L., & Crowell, E. W. (2000). Learning Disabilities and ADHD: Overlapping Spectrum Disorders. Journal of Learning Disabilities, 33(5), 417-424.
- Kuhn, J. T., et al. (2016). Basic Numerical Processing, Calculation, and Working Memory in Children with Dyscalculia and/or ADHD Symptoms. Zeitschrift fur Kinder- und Jugendpsychiatrie und Psychotherapie, 44(5), 365-375.
- Iuculano, T., et al. (2014). Brain Organization Underlying Superior Mathematical Abilities in Children with Autism. Biological Psychiatry, 75(3), 223-230.
Ada kisah & pengalaman ADHD yang hendak dikongsi? Hantarkan artikel anda di sini.